Struggling.
Wednesday, October 24, 2012 /
10:52 AM /
Assalamualaikum. Hi everyone. Sihat kah anda? :)
Final exam sudah bermula. Final exam korang start bila pulak? Hihihihi. Dah tanya pasal exam, mesti la nak buka cerita pasal exam. Hmm. Semalam, selasa. First paper. BM and Sejarah. BM boleh tahan la. Sebelum start exam BM, doa banyak kali tu minta senang jawab exam. Masa buka je kertas BM, hati ada terasa lega sikit sebab soalan apa yg expect masuk, masuk. Alhamdulillah la dapat jawab. InshaAllah boleh A. Amin! Tapi Sejarah, alahai. Bukan nya aku tak baca buku. Baca. Tapi entah la. Maybe tak cukup effort lagi kut. Redha je lah markah berapa pun. Atleast ada effort belajar jugak kan? :D
Hari ni paper Agama and Arab. Agama went well. Bersyukur gila dapat jawab Agama. Alhamdulillah, hoping Agama pun A. Amin! Arab? Hmm, macam mana eh? Secara jujur Arab memang since sekolah menengah tak pernah nak dapat mumtaz/90+ lagi la. Nak score atleast 80 tu pun dah macam orang gila study. Tapi setakat ni paling tinggi tak pernah nak cecah 85 lagi :/ Ada time tu, rasa macam nak nak tukar aliran biasa taknak ambil Arab pun ada. Putus asa sebab tak dapat mumtaz. Tapi tengok kawan kawan usaha, malu la kalau baru gagal sikit dah nak drop kan? Soo, setakat ni masih boleh bertahan. Exam Arab kali ni, kalau result hancus jugak. Takpa la, tahun depan ada lagi. Kena usaha habis habis la. Go Hana go! Hehehehehehehehehe.
Start form 2 ni. Aku dah rajin SIKIT study. SIKIT je. Hahahaha. Kira okay la kan daripada orang tak study langsung. Kan kan? XD Bila dah start study ni, baru faham erti usaha. Erti susah belajar tu macam mana. Susah nak score A tu macam mana. Dulu kecil kecil mana faham menda menda ni. Buka buku pun malas. Results hancus pun tak kisah. Sekarang, bila dah start belajar. Bila dah start berusaha, ya Allah. Betapa susah tahap max max max lah. Result drop sikit dah kelam kabut. Tapi teringat dekat abah, abah once said to me -
'To be beautiful it always starts with pain'
It's an adivice that I'll always keep in mind. Nak capai kesempurnaan dalam perlajaran, awal awal memang susah, penat, geram, gagal, nak putus asa, sakit hati semua perasaan la ada. Tapi ada usaha, hasil pun mesti ada kan? InshaAllah hasil dia memuaskan and membanggakan diri sendiri and also our parents. Amin!
Soooo, exam habis minggu depan hari Rabu. Lagi 5 papers. Do pray for me and wish me luck! Esok dah start cuti Raya Haji. Selamat Hari Raya EidulAdha everyone! Goodluck for those who still have exams next week! I'm out, assalamualaikum! xx
